Plan Pendapatan Aktif dan Pasif Dalam Tone Excel

Dengan Tone Excel, anda berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui bonus dan komisen yang dibayar terus ke dalam akaun bank anda pada 11hb, 21hb dan 30/31hb setiap bulan. Wang tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Hari “gaji utama” ialah pada 21hb. Oleh itu, apabila gaji daripada kerja tetap anda masuk pada hujung bulan atau awal bulan berikutnya, anda sudah tidak perlu risau mengenai sewa rumah, ansuran kereta, bil telefon, bil elektrik, bil air dan bil kad kredit.
Pendapatan Tone Excel terdiri daripada tiga komponen iaitu BONUS FAST TRACK , KOMISEN tiga peringkat dan BONUS TAHUNAN.
1 - BONUS FAST TRACK:

(Juga dikenali sebagai Bonus Segera dan Bonus Penaja). Bonus Fast Track sebanyak RM20 dibayar kepada anda setiap kali anda mendaftarkan seseorang ke dalam ToneExcel dengan ID anda. (Orang tersebut menjadi Tajaan anda).
Anda bebas kenalkan tanpa had. Jika anda kenalkan 10 orang, anda akan mendapat Bonus Tajaan sebanyak 10 X 20 = RM200. Jika 100, maka RM2000. Jangan risau, anda boleh buat perlahan-lahan. Kita buat secara berpasukan.
2 - KOMISEN
Komisen Pertama:
Anda akan mendapat sebanyak 6%-10% daripada jumlah topup oleh tajaan anda.
Anda bebas kenalkan tanpa had. Jika anda kenalkan 100 orang pengguna, anda akan mendapat Komisen Pertama sebanyak 100 X RM30 X 6% = RM180 Sebulan (Jika mereka hanya topup sebanyak RM30)
Komisen Kedua:
Apabila pengguna tajaan anda pula menaja pengguna baru, anda akan mendapat 3% daripada jumlah topup oleh tajaan mereka ini. Jika anda ada menaja 10 orang pengguna dan 10 orang ini masing-masing menaja 10 orang pengguna baru, maka pengguna di peringkat kedua tajaan anda adalah berjumlah 100 orang. Jika 100 orang ini membuat isian sebanyak RM30 seorang, maka Komisen Kedua anda pada masa ini ialah 100 X 30 X 3% = RM90
Komisen Ketiga:
Ini adalah komisen yang paling lumayan. Apabila pengguna di peringkat kedua anda kenalkan pengguna baru, anda akan mendapat 11% daripada topup mereka. Jika 100 orang tadi masing-masing menaja 10 pengguna baru, maka, pengguna di peringkat ketiga anda adalah berjumlah 1000 orang. Jika 1000 orang ini membuat isian topup sebanyak RM30 seorang, maka Komisen Ketiga anda pada masa ini adalah 1000 X 30 X 11% = RM3,300
Ringkasan Struktur Komisen Tone Excel

Andaian realistik:
1. Setiap pengedar berjaya kenalkan 10 orang pengguna baru dalam masa 6 bulan.
2. Setiap pengguna mengguna sekurang-kurangnya RM30 sebulan.
Maka hasilnya adalah:
Komisen Pertama: 10 orang X RM30 X 6% = RM18 sebulan (Ini adalah usaha anda sendiri dan dengan bantuan penaja anda dan Smart Team kita)
Komisen Kedua: 100 orang X RM30 X 3% = RM90 sebulan (Ini adalah usaha Pengedar Tajaan anda dengan bantuan anda dan Smart Team kita)
Komisen Ketiga: 1000 orang X RM30 X 11% = RM3,300 sebulan (Ini adalah hasil automatik apabila anda dan Pengedar Tajaan anda mengembangkan rangkaian)

Jika anda perhatikan, setiap orang sebenarnya hanya perlu tumpukan usaha kepada menaja Pengedar masing-masing sahaja, iaitu dengan menaja rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja. Apabila masing masing melakukan usaha yang sama, hasilnya akan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.

3 - BONUS TAHUNAN
Ini adalah bonus yang baru sahaja diperkenalkan pada mulai Januari 2013 iaitu bonus tahunan yang akan dikira setiap bulan.
Bonus bulanan akan dikira berdasarkan penajaan kita sendiri setiap bulan, dan ia akan dikumpulkan dan diberikan kepada kita pada bulan January tahun berikutnya.
- Jika anda kenalkan (direct sponsor)
1 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.
2 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.
5 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 15% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.
10 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.
Syarat-Syarat Lain
1. Syarat untuk layak mendapat komisen daripada penggunaan rakan-rakan anda ialah anda mesti topup sekurang-kurangnya RM20 pada sesuatu bulan. RM20 ini adalah jumlah terkumpul. Maksudnya, anda tidak semestinya topup RM20 sekaligus, yang penting jumlahnya adalah RM20 pada bulan itu. (Bulan mengikut kalendar). Kebaikan syarat ini ialah, anda tidak perlu ingatkan rakan-rakan di network anda untuk topup. Mereka pasti akan topup sendiri.
2. Lebih banyak anda topup, lebih tinggi peratusan komisen yang anda akan dapat. Jika anda topup RM60 dan ke atas, peratusan komisen pertama akan menjadi 10%, komisen kedua tidak berubah pada 3% dan komisen ketiga menjadi 13%.
3. Sekiranya anda hilang kelayakan komisen untuk sesuatu bulan kerana anda tidak topup minima RM20, anda tidak akan mendapat komisen PADA BULAN ITU SAHAJA, iaitu BULAN DI MANA ANDA TIADA BUAT TOPUP MINIMA.
0 Komentar untuk "Plan Marketing ( Pendapatan )"